Malam semalam aku berkesempatan memakan bubur nasi berlaukkan ikan bilis dan sayur cendawan di sebuah gerai berhampiran. Ni memang makanan kegemaran aku sejak kecik.
My Travelogue 1972
Monday, 18 September 2017
Wednesday, 13 September 2017
MALAYSIA BERDUKA
Pagi ni kita digemparkan dengan
kebakaran pusat tahfiz Darul
Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang mengorbankan 24 mangsa.
Dah banyak kali kes macam ni berlaku. Kepada pengusaha
Thafiz, tolong pastikan segala aspek keselamatan diambil kira. Ini bukan yang pertama dan bukan yang terakhir...
Kita ikuti warkah terakhir adik Amiel untuk ayah dan
ibunya...
Surat yang
meruntun jiwa. Semoga Allah tempatkan kesemuanya di tempat yang terpuji yang telah
dijanjikan. Aminnn,...
Al Fatihah...
My Travelogue Videography
Langgani siaran You Tube Channel mytravelogue1972
Menghadiri program ecommerce terbesar di Malaysia.
Menghadiri program ecommerce terbesar di Malaysia.
Labels:
alibaba,
convention,
eseller,
export,
grow,
join,
lazada,
noweveryonecansell,
sunway
Monday, 11 September 2017
KERETA ROSAK @ OVERHEATING
Menjelang perayaan atau cuti panjang, pasti ada yang akan ambil kesempatan untuk pulang ke kampung atau pergi bercuti. Highway pun macam biasalah akan jem walaupun kita kena bayar Tol. (Sama konsep macam Astro kan.Ko dah bayar tiap bulan, ko tetap kena hadap iklan² kat TV tu.)
Dalam dok memandu tu, macam² bermain di fikiran. Antara lain pikir pasal jem.Mesti ada kemalangan (harap takde yang mati) atau kete rosak. Tapi biasalah, kalau kete kite ni dah senja berusia, pastu jalan bumper ke bumper..terkedek-kedek, kena naik bukit ..fuhhh... pastu dok belakang lori... kadang² kete kita overheating.
Aku perati kebanyakkan mangsa kete overheating ni, pemandu tu akan masukkan air dalam radiator. Tatau la berapa botol tapi berasap-asap la keluar. Aku pun pernah kena dan buat benda yang sama. Mengikut kata pomen, jangan buat macam tu, nanti gasket terbako @ rosak. Sepatutnya, kena tunggu enjin dah sejuk baru kita masukkan air dalam.radiator dan tabubg air kete tu.Kalau gasket terbako, kos repair akan melambung. Ingat tu.
Pomen aku ada ajar camne nak check gasket enjin terbakar ke tidak. Katanya, bila enjin dah sejuk, masukkan air dalam radiator dan jangan tutup penutup radiator tu. Air takkan memancut keluar dari radiator kalau gasket enjin masih berkeadaan baik.
OVERHEATING
Dari pengalaman aku, kete aku overheating sebab:
1. Aku tak tutup penutup radiator dengan betul bila aku top up air ke dalam radiator. Giler cuai!
2. Water pump ke radiator aku rosak. Yang ni aku takleh buat apa la... mana nak tau dia rosak
3. Motor kipas radiator rosak.
Masa aku kena ni,ada pomen tu ajar camne nak bagi motor tu bekerja semula buat sementara. Dia suruh ketuk² motor kipas tu. Alhamdulillah, berjaya! Tapi lepas tu pergi la workshop tukar motor baru.
Moralnya, aku cadangkan sebelum meredah jem tu, buatlah servis asas kereta supaya kita tak tersadai di jalanraya. Secara asasnya, tukar minyak hitam enjin, penapis minyak (oil filter), Kalau ada bajet lebih, isi coolant baru dan tukar juga penapis angin. Kalau takde,takpe. Kita boleh guna air dan mintak pomen blow penapis angin (air filter). Ada juga yang mengatakan kita boleh guna oil filter sehingga 2x servis
Nanti ada pulak yang bertanya, nak tukar minyak enjin jenis apa? Mineral, semi sintetik atau fully sintetik. Bergantung pada bajet masing². Aku selalu guna yang mineral je dan akan buat servis berkala selepas 5000-7000km perjalanan. Untuk semi dan fully sintetik, jarak servis boleh ditambah antara 10000-20000km perjalanan.
BAJET SERVIS KERETA
Berapa Bajet servis asas kereta? Bergantung. Apa yang aku selalu buat, aku akan beli minyak enjin, penapis minyak enjin dan coolant di kedai jual sparepart. Dah ada barang, aku bawak ke workshop mintak pomen tukarkan.
Untuk myVi aku yang guna minyak enjin 3liter, kos dia lebih kurang:
Minyak Enjin Perodua 3liter RM45 (myVi 1.0)
Penapis Minyak Enjin RM8 (bergantung pada jenis kereta)
Coolant RM6 (tengok brand)
Total = RM59
Kos upah (Labour cost)
Kalau tukar minyak enjin bersama penapisnya dan coolant, kos dalam rm10-15 sahaja.
Jadi total kos aku sekitar rm75.
Berbaloikan... Perlu diingatkan, kos servis berkala lagi murah dari kos yang kita kena tanggung kalau kereta kita overheating di jalan raya. Lagipun, harga baju melayu untuk raya kita lagi mahal kot.
BEST PRICE
Camne kita nak tau yang kita dapat harga barang dengan harga patut? Apa yang aku buat, aku goggle ataupun check dekat lazada sebagai rujukan. Kalau harga yang dijual mahal,kita boleh nego untik.dapatkan harga setara yang kita dapat dari carian google.
TOW TRUCK
Apa nak buat kalau kereta tersadai sebab enjin problem?
1.Kalau di highway, kita boleh dapatkan bantuan tow truck untuk ke exit highway terdekat secara PERCUMA.
2.Kalau di jalan biasa, kita boleh dapatkan bantuan tow truck syarikat insurans yang kita langgan. Aku tak pasti sama ada semua syarikat insurans ada servis ni, tapi insurans AIG yang aku guna memang ada. Takde limit berapa kali nak guna setahun dan PERCUMA kalau jarak tempat kejadian ke workshop kurang dari 70km.Kalau lebih, kena top up bergantung pada budi bicara kita dengan driver tow truck.
Ok, cukup dulu untuk hari ini. Kalau anda punya pandangan dan pengalaman yang berbeza, jom share untuk kebaikan bersama.
HELLO WORLD!
As Salam
Dah lama aku memendam rasa untuk berkongsi pengalama aku menjalani kehidupan aku sehari-hari. Secara asasnya, aku cuma nak berkongsi perkara yang buat aku curious. Kadang-kadang aku tak dapt bezakan antara perkara yang serious atau main-main. Kata orang, lurus bendol... Tapi kadang-kadang aku rasa aku tak la lurus bendol sangat.
Antara benda yang menarik minat aku:
1. Membina kekayaan dari bawah
2. Cara aku menguruskan kewangan aku yang tak seberapa tu
3. Percutian bajet, tak kira di Malaysia atau di luar negara
4. DLL
Cukup aku membebel .. c u later...
Dah lama aku memendam rasa untuk berkongsi pengalama aku menjalani kehidupan aku sehari-hari. Secara asasnya, aku cuma nak berkongsi perkara yang buat aku curious. Kadang-kadang aku tak dapt bezakan antara perkara yang serious atau main-main. Kata orang, lurus bendol... Tapi kadang-kadang aku rasa aku tak la lurus bendol sangat.
Antara benda yang menarik minat aku:
1. Membina kekayaan dari bawah
2. Cara aku menguruskan kewangan aku yang tak seberapa tu
3. Percutian bajet, tak kira di Malaysia atau di luar negara
4. DLL
Cukup aku membebel .. c u later...
Subscribe to:
Posts (Atom)